2nd event yg kami join utk memperkembangkan lagi biznes, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Selama 6 hari bermula 11hb Jan 2011 - 16hb Jan 2011 fiesta di kolej 12 (frenster12) ini berlangsung untuk gerai dan pameran dari jam 10pagi - 10malam.
kami berkongsi tapak dengan Big Straw Bubble Tea Resources dan Nasi Kerabu yang sangat friendly & sporting. bermacam² aktiviti diadakan di fiesta tersebut antaranya rumah hantu, futsal king, popband, karaoke, gusti lengan & dodgeball. semua acara diadakan bermula jam 6 petang selepas mahasiswa/mahasiswi tamat kuliah, bertambah meriah lagi bila tiba waktu malam kerana tapak gerai mula dipenuhi warga mahasiswa/mahasiswi untuk bersama² memeriahkan aktiviti yang dijalankan disamping memenuhi kehendak perut yang perlu diisi setelah penat sesi kuliah pada siang hari.
kami mendapat sambutan hebat terutama lolichoc & tempahan praline yang berhuruf untuk di jadikan hadiah kepada orang yang tersayang. memang kami x menang tangan hingga terpaksa menutup awal gerai kerana kami terpaksa pulang untuk menyiapkan tempahan yang akan diambil keesokkan harinya. walaupun penat, tetapi kami tetap memenuhi kehendak pelanggan, kerana pelanggan adalah keutamaan kami.

terima kasih pada warga UM yang sempat berkunjung ke gerai kami & membeli produk coklat kami. kami amat menghargai segala sokongan & kritikan yang diberi. banyak pengalaman yang kami belajar untuk lebih bersemangat & maju pada masa akan datang. UM the best!!

No comments:
Post a Comment