Thursday, January 27, 2011

:. Fiesta Rumah Terbuka Kolej 12, Universiti Malaya .:



2nd event yg kami join utk memperkembangkan lagi biznes, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Selama 6 hari bermula 11hb Jan 2011 - 16hb Jan 2011 fiesta di kolej 12 (frenster12) ini berlangsung untuk gerai dan pameran dari jam 10pagi - 10malam. 

kami berkongsi tapak dengan Big Straw Bubble Tea Resources dan Nasi Kerabu yang sangat friendly & sporting. bermacam² aktiviti diadakan di fiesta tersebut antaranya rumah hantu, futsal king, popband, karaoke, gusti lengan & dodgeball. semua acara diadakan bermula jam 6 petang selepas mahasiswa/mahasiswi tamat kuliah, bertambah meriah lagi bila tiba waktu malam kerana tapak gerai mula dipenuhi warga mahasiswa/mahasiswi untuk bersama² memeriahkan aktiviti yang dijalankan disamping memenuhi kehendak perut yang perlu diisi setelah penat sesi kuliah pada siang hari. 

kami mendapat sambutan hebat terutama lolichoc & tempahan praline yang berhuruf untuk di jadikan hadiah kepada orang yang tersayang. memang kami x menang tangan hingga terpaksa menutup awal gerai kerana kami terpaksa pulang untuk menyiapkan tempahan yang akan diambil keesokkan harinya. walaupun penat, tetapi kami tetap memenuhi kehendak pelanggan, kerana pelanggan adalah keutamaan kami.

terima kasih pada warga UM yang sempat berkunjung ke gerai kami & membeli produk coklat kami. kami amat menghargai segala sokongan & kritikan yang diberi. banyak pengalaman yang kami belajar untuk lebih bersemangat & maju pada masa akan datang. UM the best!! 

:. Combination of Chocolates .:

Thanks to anis for this chocolates for surprised her friend. combination of chocolates oreo & praline for new tasty. i like the colour combination! yeah....

Price: RM45 (14pcs praline with 8pcs chocolate oreo) 

Tuesday, January 25, 2011

:. Kebaikan Coklat .:

Selama ini coklat dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membukitkan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.  

:: Coklat Makanan Berkhasiat ::

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan
:: Coklat Baik Untuk Kesihatan ::

Utusan Malaysia, Jumaat - 20 Ogos 1999

London - Penyelidik mendapati coklat adalah sumber sejenis bahan anti pengoksidan cetechin yang serupa dengan teh. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Belanda mendapati coklat itu sebenarnya adalah bahan perasa asli seperti teh mengandungi kompaun yang mampu melindungi kimia dalam tubuh daripada membinasakan sel-sel kita. Kebaikan coklat pula ialah sebagai bahan anti pengoksidan yang berkesan. Kandungan anti pengoksidan tersebut dalam coklat adalah empat kali ganda banyaknya berbanding kandungannya di dalam teh.

*************************************************************************

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres. 

Sumber: ehoza.com

:: Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolestrol :: 

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

:: Coklat mengandungi bahan anti kerosakkan gigi ::

Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
  • Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
  • Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
  • Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.  
Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.

:: Coklat mengurangkan risiko sakit jantung ::

Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

:: Coklat Untuk Kecantikan ::

Bagi kecantikan, coklat dapat membantu meningkatkan kecantikan. Kandungan yang terdapat dalam coklat memiliki banyak manfaat bagi kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembapkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambat penuaan pada kulit, termasuk mencegah kerutan pada wajah. Coklat juga boleh dibuat mask dengan cara yang betul.
Sumber dari: http://kumpulan.info/cantik/tips-kecantikan

:: Coklat Tidak Menggemukkan ::

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Sumber dari: ehoza.com

:: Coklat Hilangkan Stress ::

Coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stress.

Sumber dari: ehoza.com

:: p/s:: 

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun sepertimana makanan lain, janganlah ambil secara berlebihan.

Tuesday, January 18, 2011

:. Belajar itu penting! .:

Bila cerita soal ilmu memang sampai kesudah takkan pernah habis. Bak sunnah Rasulullah S.A.W '
 "menuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Dalam pada kami berbusiness handmade chocholate, kami juga menghadirkan diri dalam kelas membuat fancy cookies yang diajar oleh Kak Ida from Ida Bakery. Best woooo kak Ida ajar. Laju je. Banyak tips yang beliau turunkan pada kami. Thanks kak Ida. After this, makin kerapla kak Ida tengok muka kami. Hihihihihi.





tekun je! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:. Order Form .:

Name
Email Address
Telephone No.
Address
Date of Collection
Delivery / Pick Up Venue Pandan Indah
Ampang
Ulu Kelang
Bandar Sri Permaisuri
Seri Kembangan
Putrajaya
Bandar Baru Bangi
By Courier
Type of Chocolate Dark Chocolate
Milk Chocolate
White Chocolate
Chocolate Option Praline
OreoChoc
TeddyChoc
LoliChoc
GiftChoc (custom made designs)
Type of Filling Almond
Raisin
Walnut
Peanut Chocolate Chip
Strawberry Ganache
Chocolate Ganache
Peppermint Ganache
Caremel Ganache
Hazelnut Ganache
Type of Packaging
Decoration details (color, design, quantity, etc.)
Notes

Click here to put a form like this on your site.